Pelancaran Program Sarana & Laman Web PIBG SKBB

Pada 21 Jun 2014, Program Sarana & Laman Web PIBG SKBB telah dilancarkan oleh YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Datuk Rajandra Kumar. Majlis tersebut dihadiri oleh Guru Besar SKBB, Puan Habshah bt Taib, barisan guru-guru, AJK PIBG dan ibu bapa. Semasa majlis tersebut, wakil dari PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Datuk Amir, Puan Roslina dan En Shah telah memberi taklimat berkenaan konsep keibubapaan (parenting tips), Sarana Ibu Bapa dan Amalan Terbaik PIBG SK Setiawangsa. 






Comments